

|
Annyeonghaseyo
![]() Sofiya | 15teen | EXO-L Forever 12 All my love is for Luhan. Tagboard
Credits
All rights reserved 2013 © Sofiya. Thank you so much. |
ℬalik Kampung~ on Tuesday, 28 May 2013 @ 20:34
Assalamualaikum semua❤❤!
"annyeonghaseo"
Hari ini...,saya dan Amy/sepupu saya yang sama umur ada di Johor! "Balik Kampung...♪♫♬♪" Kami berdua sahaja. Tapi di rumah ada nenek dan atuk yang jaga kami. Huhuhuッ. Sebenarnya saya dan Amy pergi Johor dengan keretalah with my parent. Takkan la... nak jalan kaki kut! Amy... ayah dia memang ada di Johor. Amy belajar di Selangor. Samalah macam saya.
Papa,Mama dan Adik saya,balik semalam! Saya dan Amy ambil keputusan untuk balik hari Ahad ini. Kan cuti 2 minggu. Muehehehe(evil laugh). Jadi,kami ada 5 hari lagi untuk tinggal di 'kampung'. Adik saya nanti datang lagi hari Jumaat ini dengan auntie/Titi.
Seterusnya,tadi pukul 9 atuk kejut kami dan membebel sebab kami anak dara tak elok bangun lambatlah itulah inilah. Hehehe. Lagipun,saya dah suruh nenek saya kejutkan. Sebab,nenek kena bangun awal untuk pergi kerja. Cehhh :p 'nenek saya pun ada pekerjaan tau'. Itu yang saya suruh tolong kejutkan kami. Amy pun lagi satu,dia dah bangun dahulu tapi nenek paksa dia tidur balik. Bangun jela.... >:( Kalau saya nak bangun awal,jangan harap lah! Mesti kena ada orang tolong kejutkan. Saya jenis yang senang dikejut,jangan risau.
Kami jadi mangsa yang pertama kena dibebel awal-awal pagi ini. Sampai masuk kereta dengan rambut basah kena dibebel. Tapi sekejap jelah,selepas itu atuk saya membebel pasal orang lain pula... Tak sangka yang atuk garang. Selama ini atuk tak ada pula marah-marah kami kalau belum bangun dari tidur. 'Ini first time tau.'
![]()
'sedih'
Atuk baik juga,sekarang ini kami ada di pejabat atuk. Tak ada orang pun... Atuk kadang-kadang bawa kami pergi kebun,pejabat,jalan-jalan(makan je). So,kita haruslah menilai seseorang itu dengan hati mereka. Bukannya dengan pandang muka orang tu,terus kata yang orang itu jahatlah,garanglah. Jangan... Tak semestinya muka seseorang yang nampak baik itu,baik orangnya! Dia mungkin jahat. Jadi,hati-hatilah ye.
Saya pun tak tahu apa yang saya merepek ini. Saya type sahaja apa yang ada dalam fikiran saya. Sampai sini sahaja. Sorry,saya tidak dapat tunjuk gambar Amy! Lain kali sahaja.
Bye...
|